Tips kurus

image
Untuk kurus sebenarnya bukanlah satu perkara yang sukar. Tetapi Ia akan menjadi sukar jika tiada kesungguhan dan tekad. Huhuuu...
Apa saja yang kita lakukan jika tanpa kesungguhan pasti sukar...betul tak?
Semua orang, tidak kira umur, atau pangkat, mampu untuk menjadi kurus, dengan syarat anda mestilah kekalkan disiplin dalam kiraan kalori pemakanan seharian serta melakukan senaman sekerap yang mungkin.
Dalam artikel kali ini igin saya kongsikan sepuluh cara asas bagaimana untuk kurus.
Cara Kurus 1:
Kira kalori makanan seharian dan Jangan Berlapar
image
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila ada rasa tidak tahan lapar, akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan tubuh tidak membakar kalori secukupnya.
Cara Kurus 2:
Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan
image
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
Cara Kurus 3:
Minum Sekurang-Kurangnya 8 Gelas Air Kosong Setiap Hari
image
Air boleh mengurangkan selera makan secara semulajadi dan membantu meningkatkan memetabolisma badan. Sebelum mengambil makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
Cara Kurus 4:
Elakkan Minuman Bergas
image
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan sangat tidak baik untuk kesihatan tubuh.
Cara Kurus 5:
Kurangkan Pengambilan Garam Dalam Makanan Seharian
image
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air dal badan. Ini yang oarang kata 'gemuk air'. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
Cara Kurus 6:
Jangan Skip Sarapan Pagi
image
Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
Cara Kurus 7:
Makan Secara Perlahan-Lahan
image
Nikmatilah makanan dengan perlahan lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
Cara Kurus 8:
Kunyah Makanan menjadi Cebisan Kecil
image
Kunyahlah makanan menjadi cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
Cara Kurus 9:
Makan Kerap dengan kantiti Sedikit
image
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
Cara kurus 10:
Tekadkan hati dan pekakkan telinga
image
Lain macam je erk..hihii betul..untuk capai matlamat kurus anda perlu tekad dan usah pedulikan kata-kata negatif orang yang cuba mematahkan semangat anda ;) Tetapkan, dalam masa berapa minggu untuk turun berapa Kg dan usahakan. Pasti berjaya!
Semoga Berjaya!
image

No comments:

Post a Comment