Bagaimana nak Tawakal


Tawakal itu bukan dengan berusaha sikit2 asal buat tapi mengharap Allah bagi banyak.

Tawakal itu ialah dengan berusaha bersungguh2 dan menjauhkan diri dan menahan diri dari melakukan perkara2 yang diharamkan walaupun dihadap ke depan mata, walaupun orang lain dilihat berjaya dengan cara yang berdosa... walaupun hati kadang2 berkata "Apa salahnya aku buat, orang lain pun buat...?".

Tawakal itu bila kita berusaha menurut sunnatullah, bersyukur dan pasrah di saat kita berjaya, bersabar dan memperbaiki usaha di saat belum berjaya.

Baik berjaya atau belum berjaya, biarlah keduanya mendekatkan kita dgn Allah.

Sebelum berjaya, mengharap pd Allah.
Bila berjaya, sedar semua itu dari Allah.
Serahkan semua urusan kpd Allah.

No comments:

Post a Comment