Kenapa masih Belum Kaya walaupun dah buat Solat Dhuha


Nak kaya, kena buat Dhuha.

Biasa dengar camtu kan? Kalau nak kaya, nak rezeki banyak, nak meniaga kena buat dhuha.

Tapi, ada yang dah buat dhuha banyak rakaat pun, tetapi tak dapat apa-apa pun.

Ngape gitu? (Salah baca niat kot)

Perlu di faham kan ya... kita buat Solat Dhuha bukan untuk mintak macam-macam rezeki, minta nak kaya, minta apa-apa je la...

Eh.. Sabar-sabar.. tau kita memang boleh dan kena minta pada "nya"

Tapi, Dhuha yang kita buat ni, Tujuan nya ialah untuk mensyukuri Nikmat dan Rezeki yang Dah kita dapat ni. Bukan pada yang belum dapat tu.

Kemudian apa? Bila nak kaya? 😂

Meh cuba baca ni👇

Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)


Ada tiga hal yang harus dilakukan manusia ketika menerima nikmat Allah agar ia dipandang sebagai hamba yang bersyukur kepada-Nya.

Pertama: 

secara batiniah ia harus mengakui telah menerima nikmat dari Allah.

Kedua: 

secara lahiriah ia mengucapkan syukur atas nikmat itu.

Ketiga:

menjadikan nikmat itu sebagai pendorong untuk lebih giat beribadah kepada Allah Swt.

Bila ketiga hal tersebut telah berpadu dalam diri seorang hamba, maka ia layak dikatakan sebagai hamba yang bersyukur kepada Allah.

Tiga hal tersebut sebenarnya perpaduan antara hati, lisan dan perbuatan.

Hati menjadi media untuk merasakan dan meyakini bahwa Allah-lah yang telah memberikan nikmat itu, bukan yang lain.

Maka, mengerti?

Kenapa Dhuha di katakan Magnet Rezeki?

Sebab rasa syukur tu. Bukan sebab nak buat dhuha sebab nak rezeki. Tapi Buat Dhuha sebab kita nak buktikan rasa syukur dan mengaku nikmatnya semoga di tambahkan lagi Nikmat nya (rezeki). Gitu...

Pasni, betulkan niat ya. Dah..g la solat dhuha😘

No comments:

Post a Comment