Guna 2 Bahan Hilangkan plastik melekat di dalam Oven



Malang tidak berbau. Tapi kalau tiba-tiba ada bau Plastik, apa bak buat? Lebih lebih lagi, bau plastik itu datang nya dari dalam oven. Aduhai la nasib. Sakit nya tu di sini di dalam hati ku, aduh duh du du... Lagi sakit hati bila oven itu, adalah oven baru. Rasa nak nangis tau...

Perkara yang Jangan Di Lakukan:

Plastik yang cair lagi melekat di dalam oven, tak akan hilang dengan hanya cuci dengan air dan sabun. Buat penat je tau. Lagi jangan pula korang kikis guna sudu, pisau atau apa saja yang seangkatan dengan nya. Kerana, bukan sahaja ia tidak akan menghilangkan kesan plastic cair itu, malah buat calar kan oven saja.

Perkara yang Harus Di lakukan:

Namun, jangan patah semangat. Hidup perlu di teruskan. Hehehe akhirnya saya terjumpa dua bahan ini, yang mampu menghilangkan kesan plastik cair yang melekat di dalam oven kesayangan ku itu. Wah gitu...

Jadi, gunalah dua bahan ini. Taraa...Baking Powder dan cuka.


Cara-cara nya:



Cara nya, selepas oven sudah sejuk sepenuhnya, tuangkan serbuk soda bikabonat di atas kesan plastik. Letak banyak-banyak dan secukupnya.



Kemudian, letak kan cuka di atas sodabikarbonat. Sebati kan dengan menggunakan spatula. Saya guna spatula kek tu. Kemudian, biarkan seketika. Masa ni korang akan nampak ia berbuih-buih di situ. Tapi, Jangan risau dan lihat saja buih itu. Hehehe


Selepas beberapa minit, ambil spatula tadi dan layangkan saja di tempat kejadian. Korang akan dapat rasa bekas plastik cair tu, tertanggal dengan mudah nya. Yeay!

Kalau ada lagi sikit-sikit tu, korang gosok saja dengan tuala kering. Saya guna tuala microfiber. Ia kesat dan tak berbulu. Mungkin lebih mudah kot. Nak mudah saja keje nya ya...haha


Ok, lihat oven anda sudah pun bersih seperti baru. Jadi lepas ini, jangan cuai lagi dengan menggunakan bahan Plastik ke dalam oven. Hahahah pesan pada diri sendiri.

Ok, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment