Tips mudah Pasang Wallpaper di Bahagian Suis dengan kemas dan Cantik

Nak pasang Wallpaper di dinding, tapi ada pulak suis di situ. Bagaimana nak pasang supaya wallpaper nampak kemas dan cantik molek saja?


Sabar, jangan risau, Saya ada penyelesaian nya..  (sambil terbang macam super hero, hahaha berangan)

Ok, kalau pasang Wallpaper di Bahagian dinding yang rata memang mudah dan seronok. Sebab, elok je wallpaper terletak. Tapi bagaimana jika ada suis atau tempat letak remote aircond? 

Haaa, begini cara nya. Selepas lekatkan wallpaper seperti biasa, Jangan terus potong wallpaper ikut bentuk suis. Jika potong cara seperti itu akan buatkan wallpaper nampak tidak kemas dan mungkin juga lubang nya tidak kena pada suis selepas wallpapper di ratakan.

Sebaliknya, Buka dulu suis atau soket di dinding tu, kemudian, Lekat kan wallpaper seperti biasa. Kemudian, potong bentuk X di tempat suis. Lihat gambar di bawah.


Selepas potong bentuk X, rata kan wallpapper dengan menggunakan kape. Rata kan hingga kemas. Dan kemudian pasang soket semula. Taraa! Dah siap. 

Lihat gambar di bawah untuk hasilnya.




Semoga Bermanfaat. Selamat mencuba.




No comments:

Post a Comment